Saturday, November 28, 2009

Weekend yang lepas


21 Dis 2009


Bangun pagi2..sebab harini ade misi...ya! ke penang kita!!

6.40 pagi - sakura bersama parents & adik-adik bertolak ke Penang. Terus menuju ke Pejabat JIM P.Pinang Sg.Nibong untuk men'drop'kan Denz yang akan mengikuti kelas Sony Vegas oleh Dr.Hishamuddin Alham. Belajar video editing...bes2. Nak join tapi terpaksa menjadi drebar..so, xdapatlaa nak join.


Sakura sedang khusyuk memandu~

Then, kitorang pon berangkat la mencari kedai makan...pergi ke Subaidah at Taman Pekaka. Sakura memesan roti telur n teh tarik...makan dengan berlengah-lengah sebab Denz habis jam 12.30 tengahari. Banyak lagi masa sebelum ambil Denz semula. Lepas breakfast, singgah di Tesco Extra Taman Pekaka since ayah nak withdraw duwet sambil buang masa lagi di sini. Ummi tertawan dengan sebuah kedai jamu (baca:ubatan tradisional). Nak suruh sakura buka kedai macamni kat Perlis.

Lepas solat jamak Zohor-Asar kat Masjid USM kitorang gi lepak kat Queensbay lak. Xshopping mana sangat. Just doing some groceries. Ummi rembat 2 biji travel bag. Smart jugak beg tu. Harga pon ok sebab ade less 50%. So, berbaloi laa.

Bye-bye ayah & ummi

Around 5.30pm baru gi antar ayah n ummi kat airport Bayan Lepas. Juz drop depa then, we off to Teluk Kumbar for Mukh de Syariff. Ingatkan jauh kebun itu...tapi dekat je 15min dah sampai. Thanx to Salwani for ur very details direction..


Kebun Pak Syariff

Sampai kat Kebun Pak Syariff, peserta sume sedang sibuk hidupkan api nak masak. Lame dah xmasak guna mestin (betul ke eja dia?). Time skolah dulu slalu laa guna. Busuk abes baju bau asap. Sambil2 dok hidupkan api berkenalanla dgn sebahaagian peserta. Diorang sume ingat sakura dengan Qis (my sis) kembar! Haha....xleh blah langsung!! Sama ke muka kitorang?? Xsama pon....sama tang pakai spek je..huhu....
Then, malamnya ade War Game...pelurunya --> air tepung!!

22 Dis 2009

Pagi ni sepatutnya ada pengisian oleh Ustaz Khairul Anuar tapi terpaksa dicover diambil alih oleh Akhi Hafiz aka Kem Komanden sebab Ustaz xdapat datang. Jambatan Pulau Pinang ditutup sempena Marathon. Akhi Hafiz summarykan balik apa yang dilalui sepanjang 2hari 2malam. Sayang kitorang datang lambat. Siang Sabtu tu diorang gi trekking sampai ke pantai...mesti best...sedeynya xdpt join. Majlis penutup disempurnakan oleh Dr.Halim, pensyarah USM.


Akhi Hafiz begitu bersemangat menyampaikan kata2 nasihat~




Dr.Halim menyempurnakan majlis penutup


Habis Mukhayyam xtau nak pi mana. Alih2 pi Queensbay jugak sebab tu je yang dekat. Malas nak gi town. Takut sesat..hehe. Bukan tau sangat jalan area Penang walaupon 3tahun dah bermastautin situ. Kat Qb dah janji dgn Aya (my x-rumate at Desa Tekun USM). Sembang kat pintu masuk je...ajak minum Aya xnak sebab awal2 nak jumpa kejap je...sembang punya sembang xsedar dah pukul 5.30ptg. Kesian kat Bery dah bape kali tawaf QB sementara tunggu kitorang. Ingat nak tolong hantar diorang balik USM tapi Qis & Denz dah ilang tah mana...dahlaa enset Denz dah habis bateri. Naseb dia pandai gi cari public mane tah call janji jumpa kat Borders.



Ayah n ummi sampai around 9.00pm setelah flight delay 30min..naseb xdelay lama...pas amek ayah n ummi singgah makan Sany Char Kuey Teow. On the way back, sakura drive sampai ke Sg.Dua je..sangat ngantuk...terpaksa bagi kat ayah. Kesian ayah..penat travel dr KL. Rasa ayah ngantuk jugak sebab perasan keta kdg2 terlelong sket...Alhamdulillah, selamat sampai di rumah jam 12++.

Tuesday, November 10, 2009

Salam pembuka bicara




 


Alhamdulillah...selamat sudah blog baru ini dilahirkan. Semoga dapat istiqamah dalam berblog.