Thursday, December 31, 2009

Explorace JEJAK di Kuala Perlis

26 Dis – satu program untuk remaja yang dinamakan Explorace Jejak telah diadakan di Taman Semarak Kuala Perlis. Program yang bertemakan “Menuruti Jejak Kaki, Mencari Permata Diri” ini telah dianjurkan oleh Jemaah Islah Malaysia (JIM) Perlis dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Taman Semarak. Objektif Explorace Jejak ini ialah melahirkan remaja aktif yang sihat mental, fizikal dan emosi di samping menerapkan nilai-nilai murni berteraskan akhlak Islam ke arah pembentukan remaja Muslim yang unggul. Program ini disertai oleh 13 orang remaja lelaki dan 28 orang remaja perempuan anak-anak penduduk Taman Semarak yang kemudiannya dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kemuncak acara adalah Explorace di mana peserta dibawa ke Terminal Bas Kuala Perlis dan dilepaskan untuk sesi pencarian. Sepanjang Explorace ini berlangsung, setiap kumpulan hanya dibekalkan dengan sebatang pen, senaskhah Al-Qur’an dan sebotol air mineral kecil. Telefon bimbit dan wang tidak boleh dibawa. Peserta perlu pergi ke hentian seterusnya berpandukan klu nombor surah dan ayat Al-Quran yang diberikan. Pada setiap hentian, pelbagai tugasan perlu diselesaikan oleh peserta secara berkumpulan seperti teka silangkata, jigsaw puzzle, menyusun ayat dan penyelesaian masalah. Setiap kumpulan kelihatan sungguh bersemangat dan berlumba-lumba untuk sampai ke hentian terakhir. Explorace Jejak ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan dan tayangan video aksi-aksi peserta sepanjang program. Pelaksanaan program seperti ini menguji kesabaran dan ketahan mental, fizikal serta emosi remaja. Dari sini, kita dapat melihat remaja hari ini harus sentiasa didedahkan dengan program-program seperti ini supaya mereka dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan baik di samping menambah pengalaman dan menguji ketahanan mereka.
Ok, sekarang kita enjoy tengok gambar ye..zaass!!!


 

Thursday, December 17, 2009

Marhaban ya Muharram 1431H

Alhamdulillah....seinfiniti puja dan syukur pada Tuhan Pemilik Alam kerna pada saat ini masih memberi peluang kepada diri ini menikmati nikmat islam dan iman di bumi-Mu yang penuh pancaroba ini...23 tahun dipinjamkan nyawa oleh-Nya menjalani kehidupan penuh senyum dan airmata. Maka, sempena tahun baru 1431 H ini, marilah kita sama-sama mengakhiri dan memulai tahun baru ini dengan doa~

Doa Akhir Tahun

Maksudnya :

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.Ya Allah,segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu,sedang kami belum bertaubat,padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya,dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan,semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Amin yaa rabbal ‘alamin.

(Di baca 3 kali sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah)




Doa Awal Tahun

Maksudnya :
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya. Amin yaa rabbal ‘alamin.

(Di baca 3 kali sesudah Maghrib pada malam satu Muharram )

"Ya ALLAH jadikanlah sebaik-baik umur saya pada hujungnya, dan sebaik baik amal saya adalah pada akhirnya dan sebai baik hari adalah pada saat saya menemui-MU.. Dan semoga tulisan sederhana di blog saya ini mampu membuat saya berguna untuk mahlukMU yang lain ya ALLAH.."
"Saya hanyalah hamba, kabulkanlah doa saya ya ALLAH, jika tak KAU kabulkan kepada siapa lagi saya harus meminta ya ALLAH … kepada siapa lagi ya ALLAH, kemana lagi hamba harus berdoa."
"Jika esok atau ditahun hadapan nafas tidak lagi ENGKAU titipkan kepada saya, maka mudahkan saya pada saat sakaratul maut ya ALLAH dan terimalah solat-solat dan ibadah saya yang tak sempurna" 

Monday, December 14, 2009

PTD Assessment Centre at INTURA

Harini sangat berdebar sebab akan menghadapi PTD Assessment Centre di INTAN Wilayah Utara, Sg.Petani. Bertolak jam 5pagi dari rumah. Berhenti solat Subuh di Tol Pendang sebelum berhenti sekali lagi di R&R Gurun untuk breakfast. Sampai di INTURA jam 7.50 pagi. Peserta sudah ramai yang sampai. Dari gaya diorang sumer dah bekerjaya & matured! Tengah2 beratur untuk sesi pendaftaran, ditegur oleh seseorang....

" Wan!!..."

"Eh, Masnura....ampa pon? Baru je ber'sms' 2-3 ari lepas...xsangka jumpa kat sini...kecik sungguh dunia kan!"

So, turutan perkara/aktiviti yang sakura jalani sepanjang 1hari tu boleh diringkaskan seperti berikut :
  1. Diberi no.badan sebesar buku latihan sekolah & wajib digantung sepanjang sesi pre-PAC. (My lucky number is 58!)
  2. Penyerahan salinan skrol n transkrip.
  3. Sesi meninmbang berat badan & mengukur keinggian. (Wah!! Beratku menurun...xsangka!! padahal dok rumah makan, tdo, tenet n bla..bla je)
  4. Diberi breakfast dlm bungkusan & kunci bilik. (Dalam hati : "Eh, pasaipa bg bilik plak? Diorang nk wat surprise tetiba tukar kpd 3ari ke?? Jeng3x...xlaa...bilik utk berehat time break tghari nti...bagus btul INTURA ni! )
  5. Ambil gambar berlima...(xtau ape motif? sumone know?)
  6. Masuk dewan utk sesi penerangan tentang PTD oleh pihak JPA.
Tamat taklimat, sume bergegas mencari bilik utk aktiviti berkumpulan.

Aktiviti 1 : English Discussion - Role play entitled Sinking Ship! Each person will be given one position (doctor, nurse, captain, seaman, minister, engineer etc). Then, each must give reason why he/she must survive. --dapat position yg kurang best & susah nk bagi reason untuk survive. xcakap banyak pon...huhu..sedey~

Aktiviti 2 : Debat/Hujah - Wanita Cantik, Kurang Cerdik, Lelaki Gagah, Kurang Bijak. 1st round : beri hujah masing2. 2nd round : boleh bantah, sokong atau pertahankan hujah...--sakura sebagai pencadang & penghujah 1. Alhamdulillah, dapat isi setelah sempat brainstorm dgn ahli group. Then, masa 2nd round, Puan Pengerusi yg baek ati bagi can stiap org yg angkat tangan cakap & sampaikan hujah mereka...(satisfied jugakla...walaupon punyalaa prepare isu semasa...skali tajuk common sense jek..huhu~)

Then, makan time! Nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, daging masak hitam, dalca dan acar timun. Banyak sungguh lauknya..xdapat habiskan...huhu..balik bilik, solat & tukar ke pakaian sukan.

Aktiviti 3 : Ujian Sahsiah & Minat - menjawab soalan objektif sebanyak 427 soalan dalam masa 1 jam! Memang menembak je....baca soalan-->bulat jawapan...xpikir langsung.

Aktiviti 4 : In group(group yg debat/hujah tadi) : Bina menara penebat kilat dengan menggunakan surat khabar, selotape & tali shj. Kemudian, kena dirikan tiang tersebut tanpa menggunakan tangan! Cukup menguji kreativiti & kerjasama berkumpulan..~

Aktiviti 5 : Senirobik - bersenirobik secara berkumpulan mengikut 3 lagu(hindustan, indonesia, inggeris)

Aktiviti 6 : Last & hard-core one!! Larian 2.4 km - pusing INTURA sebanyak 3 pusingan. Pancitt!! Masa 1st round rase nak tarik diri dah tapi tengok orang lain ok je, terus bersemangat untuk teruskan! At last dapat habiskan larian dalam masa 20min++ (kertas ungu).

Overall, enjoyla pre-PAC ni sebab sebelum datang baca komen peserta yang terdahulu di tipsptd suruh enjoy je..jangan tension2..very agree with them! So, sekarang hanya doa & tawakal..Ya Allah, jika rezekiku kerja sebagai PTD, permudahkanlah aku ke arah itu, ya Allah..jika bukan rezekiku, maka jauhkanlah aku darinya..amiiinnn~

Friday, December 4, 2009

誕生日おめでとう! 생일축하합니다 !

생일축하함니다
생일축하함니다
사랑하는 Aminah
생일축하함니다

Sang-il Chookha-Hapneeda (Happy Birthday to you...)
Sang-il Chookha-Hapneeda (Happy Birthday to you...)
Sa rang ha nuen Aminah
Sang-il Chookha-Hapneeda (Happy Birthday to you...)


Jeng3x....special made from Alphine Delice...kedai kek Dr.Wahab (Klinik Faizah)


Tiramisu bertisu~ soo creaammyy....


Wanna some?

So, i'm turning 23 now...arGGhhh...dh tua~ plz upgrade ur iman & amal, Aminah!!


Tuesday, December 1, 2009

Pure Vision

Ntah tetiba minggu lepas  gatal teringin nak wat contact lens..sebenarnya hajat ni dah lama, tapi asyik tertangguh. So, nak dijadikan cerita arini pegi la Inva nak amek lens yang dah sampai. (Power sakura sangat tinggi, sampai lens pon kena tempah). Then, staff tu pon ajarlaa cara2 memakainya....waa.....dekat setengah jam baru bleh masuk! Tu baru sebelah...yang sebelah lagi selepas sepuluh satu jam kemudian baru dapat masuk pula!! Memang mase tu mata dah berair n merah2 sebab dok tarik2 n genyeh2. Seksa sungguh. Rase nyesal lak tapi bila ingat dah buat n harganya boleh tahan gak...gagah juga masukkan.

Lepas berjaya masuk dua2 belah, staff tu suruh keluarkan semula n masukkan sekali lagi tapi Denz dah call panggil balik. So, balik ni dia suruh praktis sendiri. Ape2 hal datang Inva balik. Layanan yang cukup bagus!! Thanx staff Inva yang terpaksa melayan sakura...

Lens yang sakura beli ni yang biasa aje.

    *  No colour.
    *  Brand Bausch & Lomb
    *  Boleh pakai lebih dari 12 jam
    *  Boleh dipakai tidur (leh caya ke? Takut nak try...xpayahlaa kan?)

Rase banyak jugak dapat sepanjang proses memasukkan lens ke dalam mata...kata2 dari staff Inva sangat2 terkesan..~

    * Orang lain boleh buat, kenapa kita x boleh?? means Jangan mudah mengalah!! Sakura boleh!!
    * Kita yang buat kawal mata kita tue...means kita yang menentukan apa yang kita buat. Maknanya, dalam kita nak masukkan lens tu...kita saja yang dapat kawal tangan kita supaya menarik mata n kawal mata supaya dapat tahan dari pejam...betul x?? Analogi dalam kehidupan...kalau kita nak berjaya & kaya, kitalah yang dapat kawal diri supaya berusaha ke arah itu~