Wednesday, February 10, 2010

Au revoir et Nevers

5 Februari 2010

Harini pertama kali setelah 3 minggu berada di bumi France, sakura keluar ke bandar Nevers. Keluar ni pon sebab nak tangkap gambar baby Aisyah Humaira' untuk buat passport. Then, petangnya sempatlaa pegi ke kedai Geant (adik beradik Giant laa kalo kat Malaysia) shopping skit2 barang untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Entrance Geant...xsempat snap pintu masuk dia..

6 Februari 2010

Akhirnya hari yang tak ditunggu-tunggu tiba. Esok, sakura terpaksa pulang semula ke kampung halaman terchenta (Malaysia Tanahairku~). sob...sob...sob...sedih gak nk balik sebab tak puas lagi main dengan anak2 sedara....tak puas lagi meneroka negara orang.....tak puas lagi jalan-jalan......tak puas lagi merasa salji....tak puas lagi merasa makanan2 di sini....tak puas lagi....dan tak puas lagi.....Astaghfirullah, xpuas2 lagi kamoo ye. Bersyukurlah! Ya, alhamdulillah...terima kasih Tuhan atas kesempatan ini!! Thank you Allah for the experiences, moments and adventures i had. Thank you...thank you...thank you Allah!

Dalam jam 9.30 am kawan Along datang dengan 2 kereta untuk hantar sakura, Kakak & family ke stesen keretapi Gare De Nevers..

Ni stesen keretapinya....Gare = Stesen
Umar si penjaga beg
Kesian Kakak terpaksa berjalan banyak & menaiki train sebaik saja habis pantang
Nilah trainnya....sangat laju. 2 jam sahaja perjalanan padahal kalau naik kereta dalam 2 jam setengah. Bila yek Malaysia nak ade train sebeginii?

Then, sampai di Gare de Lyon, Paris kena naik tube bawah tanah lak untuk ke hotel airport.

Sampai di Terminal 3 airport kena tunggu bas plak untuk ke hotel.
ini bukan bas Fomula 1, ok?

Murah2 hotel kat sini....paling murah 39 euro. Haritu nak book, terlewat...dah penuh. Terpaksa ambil yg mahal skit. Tapi, ok je bilik dia..nice! Takdelaa dhaif macam hotel murah kat Malaysia.
Tido kat hotel beratap ni...
Masukkan 6 digit nombor yang diberi...then, clang! Pintu  terbuka...canggih kan! Xpayah pakai kunci atau kad.
 
Ni bilik dia. Katil double decker. Tapi, yg bawah tu queen size. So, 3orang bleh tido.
 
 View through my hotel's window. Nice view!

Then, malamnya kluar cari makan...ade 2 restaurant....tapi, tengok2 kat menu...alahai...xde ikan. Sume daging dan ayam. Camne ni....xleh makanlaa...so, the last option adalah makanan segera nih...ternampak masa nak check-in hotel, ade mesin jual makanan ni...
 Yang surprisenya, ia HALAL!!....Alhamdulillah...ade jugak benda utk alas perut.
Ada 3 jenis : daging hancur berkeju, biri-biri moussaka dan tagliatelle bolognese

7 Februari 2010

Jam 8 dah siap tunggu bas untuk ke Terminal 1 CDG. Bas pertama penuh...then bas kedua...alhamdulillah! Dapat naik. Nasib sorang guy tu tahan org lain dr naik untuk beri laluan kakak & anak2 naik dulu. Kalau x, kesian laa kakak & baby kena berdiri lama...sejuk lak tuu...

Sampai Terminal 1 gi check-in...then, gi breakfast skit sebab flight pukul 11.00 am. Nak tunggu makan dalam flight, masuk anginlaa perutku nanti. Dalam pukul 10.00 am-salam, peluk, cium dengan Kakak & anak-anak.
Sempat lagi bergambar
Off to departure gate~
Menu lunch : nasi basmathi, ayam percik dan dhalca - sedap hingga menjilat sudu!
Air mineral Rayyan (same name with my niece) yang diberi minum sepanjang flight dia letak sebelah vodka je...huh!

Flight kalini transit di Doha selama 7 jam....aduh!! Jenuh tunggu. Dahlaa sampai di DOha pukul 7.30 pm dan flight seterusnya lak pukul 2.15 am. Tatau nak buatpe...
so, jalan2 jela tengok keadaan. Em, besar jugak tempat transit dia. Tapi, orang pon sangat ramai. Nak cari kerusi kosong pon agak sukar. Decide nak solat jamak. Nampak signboard "Mosque". Tapi, ade tempat solat utk lelaki je. Utk perempuan takde. Cari punya cari hampir setengah jam jugak. Ade kat level bawah dan tersorok di celah-celah antara klinik dan tandas. Takde signboard pon utk ke surau perempuan. Huh!! Ingat org perempuan xsolat ke??

Lepas solat...jalan2 lagi..... nasib ade kedai. Qatar Duty Free. Window2 laa kejap.

sape nak bagi hadiah keta ni?
comel je tgok bapa dan anak dia ni..
Espresso yang berharga 2USD = RM7. Setengah cawan je pon kopinya. Dahlaa sangat pahit. Terpaksa menambah gula sebanyak 6 sachet itu..


Akhirnya, setelah puas pusing2 sekitar...tunggu je kat gate 10

Tengok...sempat je cina2 ni main daun terup sambil tunggu flight. Siap duduk atas lantai tuh...

 Dan, akhirnya jam 1.50pm 8 Februari, selamat mendarat di KLIA. Sejam awal dari jadual. Then, trus berkejar cari tiket ke A.Setar pukul 8.00pm. Jam 10 pm, sampai di rumah. Oh, home sweet home~

0 comments: