Wednesday, February 24, 2010

Liburan ke Jakarta + Bandung

Rabu lepas, sakura n family berliburan ke Jakarta...mengambil kesempatan cuti raya Cina. Alang2 sekolah dan U cuti. Akceli perancangan awal mahu menghantar Neni (our maid) pulang ke Indonesia setelah kontrak 2 tahunnya habis. Tetapi, tiketnya pada malam hari. Dek kerana risau dan kasihan memikirkan maid kami yang terpaksa pulang ke rumahnya yang agak jauh di pedalaman berseorangan, maka Ummi mengambil keputusan untuk kami bersama-sama ke Indonesia menemaninya. Beberapa bulan setelah tiket dibeli, AirAsia menghantar emel memberitahu pertukaran masa tiket dari malam ke pagi pula....uhuh. Mungkin rezeki kami untuk berliburan ke Indonesia. ^_^...hehe

17 Feb 2010
So, sesampainya di Airport Soekarno-Hatta jam 1.30 petang, sudah terdengar orang memanggil-manggil Pak Saifuddin....Pak Saifuddin. Rupa2nya pemandu yang kami nak sewa sudah lama menunggu. Setelah menukar duit di Money Changer, trus dibawa ke kereta.
Inilah pengangkutan kami sepanjang di Jakarta - Suzuki APV
Ni supirnya-Pak Andi

Destinasi pertama hari ni ---> ke rumah Neni di Pandeglang. On the way ke sana, berhenti makan makanan Padang. Yang menariknya, pabila pelanggan masuk, terus dibawakan tempat basuh tangan dan nasi dan segala lauk-pauk yang ada tanpa diminta. Then, kita hanya ambil lauk yang kita nak.Yang tak mahu biar aja di atas meja. Nanti dia kira lauk yang kita sentuh je. Menarek dan unik!
 
Tengoklah, penuh 1 meja dengan lauk-pauknya
Perjalanan ke rumah Neni memakan masa 3 jam lebih. Jalan masuk ke rumahnya pula....Ya Allah....macam jalan masuk ke hutan....dengan jalan yang sempit dan berlopak-lopak, curam yang menjunam 45 darjah ke bawah. Cuak abiss....jalan yang sesuai diredahi dengan 4WD aje. Sampai di rumah Neni, hujan turun mencurah-curah dan hari pon nak malam..so, tak singgah lama. Juz turun untuk bersalaman dengan family Neni dan tengok2 keadaan rumahnya yang masih dalam pembinaan. Untuk pengetahuan, semua duit gaji maid, dia gunakan untuk buat rumah keluarganya. Pengorbanan yang sangat besar!
Di luar rumah Neni
Dalam salah sebuah bilik
 
 Ini plak tandas...sgt dhaif..

Malamnya, kami pulang ke Jakarta semula kerana menyewa hotel di sana.
Sepanjang di Indonesia, kami tido di hotel K Chrysant nie. 3***

Setelah check-in, sakura bersama abang dan adik keluar mencari makan malam. Pak Andi kata ada kedai makan Minang 100m dari hotel. Bila dijejaki, emm....macam xbest je Nak beli koey teow plak, tengok signboardnya, Kuey Teow Achai. Tak konfiden nak beli walaupun tulis Halal. Alih-alih beli murtabak Bandung aje.

 
Inilah rupa murtabaknya - kiri : murtabak manis berkeju, kanan : murtabak bebek. Sangat enak dan besar!!
Dalam plastik tu pencicahnya tapi tak buka pon...tak berani nak try.

18 Feb 2010

Destinasi di hari kedua --> Tanah Abang atau singkatannya Tenabeng! Tempat belanja di Tenabeng ni lebih kurang Padang Besar lah...cuma lagi besar dari Padang Besar. 10 tingkat. Yang bestnya, masjid dibina di rooftop bangunan. Barang2 di sini lagi murah dari Padang Besar dan lagi banyak pilihan. Tak habis pusing dalam sehari je. Kena pandai tawar laa dan biasanya kalau ambil banyak baru diorang bagi murah. Taktik termudah....kita buat2 macam tak mau beli dan konon2 mahu pergi....nanti, penjual tu akan panggil balik dan bagi harga yang kita nak. Masa kat sini, sakura hanya mengikut Ummi mencari langsir. Sangat murah!! Separuh hari mencari langsir dek kerana tersilap tempat. Huhu...

19 Feb 2010
Plan asal adalah dari semalam tidur di Bandung supaya hari ni boleh jalan-jalan sekitar Bandung dengan mudah. Namun, keadaan kesihatan ayah tak mengizinkan. Maka, kami tetap tidur di Jakarta, namun pagi2 lagi dah bertolak ke Bandung kerana perjalanannya memakan masa lebih kurang 2 jam. Bosan dalam perjalanan....ambil gambar jelaa....heh
Van angkutan kota
 
Taksinya guna kereta Wira. Tak sempat snap satu lagi taksi yang guna kereta Vios tuh...
  
Ini Bajai ~ kenderaan 3 roda yang menggunakan enjin macam mesin rumput tuh...

Beca pon ader...
 
Penjual seperti ini boleh dilihat di mana-mana sepanjang jalan. Pantang kereta berhenti, depa datang untuk berjual. Tu belum kira pminta sedekahnya... merata alam ade. Yang bestnya....selamba je diorang duduk di divider jalan untuk jual atau mintak sedekah. Tak takut kena langgar langsung. Kalau kat Malaysia, tak sampai 5minit kot mesti dah kena langgar.




Destinasi pertama di Bandung adalah bakery Kartika Sari. Jenama kek yang agak terkenal di sini. Pisang bollen dan browniesnya paling sakura suka
Destinasi 2 : Terminal 3 - pusat jualan jeans branded yang murah. Jeans Levi's leh dapat dalam RM100 je.

Destinasi 3 : Cibaduyut - syurga barangan kulit. Rembat sandal kulit yang dilelong dengan harga RM5! Ummi dan Abang rembat sampai 2-3 kasut kulit. Tapi, sume barangannya Made in Indonesia laa...bukan kasut kulit Clarks tu. Tapi, kualitinya masih bagus. Berbaloi-baloi....


Destinasi 4 : Terminal Tas - pusat jualan tas branded dengan harga yang murah. Handbag Gucci RM100 leh dapat. Tapi, handbagnya jenis besar2....xminat nak beli. Jadi, hanya cuci mata. Huhu...








Destinasi 5 (final) : Heritage - factory outlet (FO). Barang2 kat FO ni lebih kurag kat Malaysia je. Tak murah mana...tapi, style kedainya sangat menarik. Dari luar, macam sebuah banglo....tapi, dalamnya adalah supermarket.




Setelah habis duit berbelanja, baru teringat perut belum diisi. Jadi, on the way balik ke Jakarta singgah di kedai makan Sunda. Leh tahan sedap makanannya.
Otak-otak
Ikan Gurame goreng yang sedap!
Tempe goreng tepung

20 Feb 2010
Destinasi pertama kami hari ini adalah ke toko buku. Perancangan awal mahu ke Depot. Tapi, agak jauh dari Jakarta. Lebih kurang 1jam kalau tidak macet. Jadinya, ke kedai Itishom ini aja. Tokonya 2 lantai. Lantai bawah jual buku sahaja manakala lantai atas menjual busana muslim seperti jilbab, kaos muslimah, T-shirt PKS, kaos kaki dan tangan serta makanan kesihatan.Ternampak Kopi RADIX pon ade.

Upin Ipin begitu famous di sini. Seru banget!!

Setelah habis berbelanja buku...pulang ke Jakarta untuk ke Tanah Abang untuk kali kedua sebab haritu tak sempat cari benda lain selain langsir. Akhirnya, setengah kodi rok (skirt) diborong. Ingat nak cari blaus tapi tak sempat cari sebab kedainya jam 5 sudah tutup. Apsal laa tutup awal sangat Kan dah rugi...kalo x, Sakura nak borong blaus sekodi tau! Haha....~

21 Feb 2010
Pagi2 lagi kena bangun sebab jam 4.30 am dah nak ke airport. Flightnya pagi bangat....jam 6.50 am. Sampai di Penang jam 10 am. Perjalanan Penang-Jakarta adalah selama 2 jam, tetapi disebabkan beza masa Malaysia-Indonesia adalah 1 jam. Konklusinya bagi sakura, kalau hendak berliburan ke Indonesia, bawaklah duit banyak2 sebab barangnya tersangat-sangatlah murah kalau pandai cari dan menawar. RM100 dah boleh dapat sepersalinan lengkap dari kepala sampai ke kaki!! Yelah...matawang kita lebih tinggi...tu rasa murah sangat!! Then, cubalah segala makanan yang ada...tak kira makanan Minang, Padang, Jawa, Sunda atau apa aje. Give them a try! Sebab lezat banget! Very delicious u know~
Nasi timbel + ikan gurame
Nasi timbel + ayam panggang
Pesanan penaja : Emm...bila tengok barang sana murah2, rasa nk wat bisnes jual barangan sana di Malaysia. Leh dapat 3x lipat wooo......Haha...kamoo ni suka macam ni kan....kalau bab shopping no. 1. Pantang tengok barang murah! biaselaa orang pompuan~

2 comments:

DiA said...

sye kenal pak andi!! hihi

oneaminah sakura said...

surely kenal sbb Ummi awk yg rekemenkan~