Tuesday, June 29, 2010

Aku Terima Nikahnya

Ok, harini nak share tentang satu drama yang agak gempak tajuknya...~


Hehe...best tak? Semalam, masa tengah melakukan blogwakling kat alam maya ni, terjumpala satu blog yang memperkatakan pasal drama ni. Ok, ni detailsnya -->

Tajuk : Aku Terima Nikahnya
Saluran : Astro Oasis (106)
Tayangan : Setiap Ahad jam 5.00 petang
Terbitan : Layar Consult Sdn Bhd
Penerbit : Abu Hassan Morad/Mohd Yusri Mohd Yusoff
Skrip : Zabidi Mohamed
Pengarah : Saipul Bahri Othman
Pelakon : Rozita Che Wan (Sabrina), Zaryn Min (Aliah), Normala (Airis Yasmin), Roslan Salleh (Haji Salim), Acong (Zaifudin), Zed Zaidi (Anuar), Ros Iskandar (Ibu Sabrina), Aril Geng Bas Sekolah (Shem), Shafiq Razlan (Soid), Sweet-Budak kecik (Fatin), Amir Pearl (Ramli Penguasa Bomba), Syed Ali (Ustaz Mujahid), Anuar Maskulin (Zakaria Bodybuilder)
Penampilan Istimewa : Ikon Oasis - Ustaz Nabil Ahmad, Ustazah Asni Mansor dan Dato' Dr Hj. Fadhilah Kamsah
Sinopsis :
Aku Terima Nikahnya mengisahkan Editor Majalah Anis, Sabrina yang masih belum bertemu jodoh. Sikapnya yang terlalu memilih menyebabkan dia digelar Andalusia oleh pengurusnya, Haji Salim. Sabrina seorang wanita cantik, lemah lembut dan berkerjaya. Dia juga sudah berasa tawar hati pada mana-mana lelaki selepas Anuar iaitu teman rapatnya cuba curang kepadanya.

Kemudian, akibat desakan usianya yang semakin lanjut membuatkan dia menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya semula. Sabrina juga menemui beberapa lelaki yang ingin dijadikan suami tetapi masing-masing mempunyai peribadi yang kadangkala membuatkannya keliru dengan pilihannya. Salah satu cintanya pula menemui ajal pada hari persandingan mereka.

Kesudahannya, Sabrina berserah pada Tuhan atas segalanya. Adakah cinta pertamanya dengan jejaka bernama Anuar bakal berputik kembali sehingga membawa ke jenjang pelamin? Adakah Anuar sememangnya tercipta untuknya?

Hurmm....
Teringat satu scene tu, bila Sabrina tanya seorang lelaki pasal ikhlas ..
Lelaki tu ckp 'ikhlas tu rahsia Allah' ..
Then bile Sabrina tanya nape lelaki suka cakap depa ikhlas bile ckp ngan org pompuan ..
Adakah itu bermakna depa tak ikhlas? ..
Lelaki yg beri jawapan tu pun xtau nak kata apa ..
Haaa.....lelaki2 di luar sana...amacam?

Satu lagi scene ..
Bila Sabrina berbual ngan seorang ustazah tu ..
Bertanyakan pasal napa dia asyik ditemukan dengan orang yang salah ..
Bila hati dah berkenan rupa2nya itu suami orang ...or tunang orang ..

Ustazah tu suruh dia buat solat istikharah, mohon petunjuk daripada Allah SWT ..
Bila hati kita dah buntu, kepada Allah SWT seharusnya kita memohon ..
Ya, siapalah kita berbanding DIA...

ermm ..
Yang membuatkan cik sakura layan cite Melayu ni
bukan sebab ade Rozita Che Wan ke yang belakon
tapi sebab lawak kentang dalam drama tu
memang bantai gelak sampai sakit usus
tambah dengan loghat2 yang ada...
dari Utara, KL, Nogori, Klate
memang gempak ahh...
hahahahahaha

Tambahan pula... 
Certain scene tu selalu buat cik sakura berfikir
dan blajar muhasabah diri ..
suka slot yang depa dok interview2 tu...
ade pengajaran yang tersirat
tetibe rase dok tengok rancangan motivasi lah plak~..

cuma, komen cik sakura yang xpueh ati skit dgn drama ni...

1. pergaulan bebas...ada ke dok bertepuk tampar antara lelaki & pompuan (Aliah & sorg staff tu)
2. imej Aliah yang bertudung labuh tapi perangai sangat x sesuai dengan penampilannya itu...- sedih sangat awat depa buat watak cenggini. kalau nak buat pon watak tu, bagila Aliah tu pakai tudung besa2 je..jatuh maruah orang bertudung labuh tau! Nanti orang ingat org yg bertudung labuh ni nampak je baik n sweet tp perangai tah pape....adushh!
3. kapeling - konon nak buat cerita pasal islam, tapi tak tahu ke islam x benarkan kapel-kapel ni?? Aiyoo..
4. pakaian - Sabrina memakai baju tido dengan tdg Ariani....sangat xsesuai kot! buat2 la pakai t-shirt dgn skirt ke...sopan n comel skit.^_^
5. macam ade lg...tp yg tu je kot yg utama. Nanti kalau tambah lagi, kang sampai minggu depan karang pon xhabis.....haha. Ske ati je kamoo je komen kan. Ingat senang ke nak buat drama? Cuba kamoo buat satu~ Hakhak.....lariiikkk

Pesanan tuan tanah : Cerita ini langsung tiada kena mengena dengan buku Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali dengan Saifulislam. Ok! Ustaz Hasrizal pun awal-awal lagi dia declare. Not adapted from his book here :
AKU TERIMA NIKAHNYA adalah terjemahan nas al-Quran dan al-Sunnah serta psikologi manusia, yang dipersembahkan dengan wajah santai, demi memberi ruang untuk pembaca membaca dengan maksud berikut:

“… menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpulkan pengetahuan, tetapi kejayaan menyuluh jalan kembara insan mencari Tuhan!” ~Saifulislam.com~

Ok, bila pula mahu menerimah nikahnya cik sakura oiii?
Oh, no! Don't ask. Juz pray the best for me, k!

0 comments: