Wednesday, June 9, 2010

Kenduri Sepupu

Salam all...fuuuhhh...fuuuhh...(Tiup habuk). Dah dekat sebulan lebey xtulis. Takde idea nak menulis. Huhu...ok, ni nak cerita peristiwa minggu lepas.

Weekend lepas cik sakura berjaulah bersama keluarga ke Kemaman, Terengganu. Attending my cousins' wedding. 2 beradik sekaligus kawin...senang! Hehe....k, introducing the newly weds~

Greenish Kak Wan Marhamah & suami

Pinkish Kak Wan Mardhiah & suami

Kedua-dua beradik mempelai with their new partners
Barokallahu lakuma wa baroka alaikum
Wa jama'a bainakuma fii khaiir

Then, lepas abis kenduri petang tu, kitorang bertolak ke Kuala Terengganu plak. Kampung ummi n ayah cik sakura. Alang-alang dah sampai belah pantai timur ni, takkan tak singgah kampung kan? Ok, malamtu sampai pun dah agak lewat. Dalam pukul10...makan kat rumah Tok kat Losong then tido di rumah Su Mah (adik ayah) di Wakaf Beruas. Esoknya, pegi membeli-belah di Pasar Payang. Cik sakura & cik Qis merembat blaus batik sorang satu. Macam nak beli beberapa helai lagi, tapi duwet tadak....huhu. Ummi lak memborong serunding dan keropok keping. Lunch yang sangat sedap...makan nasi lauk ikan bakar & ayam panggang cicah budu n tempoyak di rumah usang Cik Chah (kakak Ummi), rumah peninggalan parents ummi cik sakura. Sangat antik rumahnya.

Petangnya pula, ziarah pertama ke rumah Nyah (mak saudara ayah) dan Tok Che' Dok (mak sedara ummi) di Bukit Bayas.

Pastu gi singgah cari keropok lekor..ummi dah mengidam nak makan sejak semalam lagi. Ade orang bagitau kat Kg. Tok Beng keropok lekornya sedap. Cari punya cari...jumpa jugak!

Fuhh...bersistematik sungguh kedai dia. Masak guna kayu api n guna kipas letrik utk tiup kayu api.

Ada keropok lekor rebus dan goreng. Pulak tu boleh order untuk esok n boleh pilih nak yang panas or yg sejuk beku (siap vacuum seal lagi). Terbaeklaa~ So, nanti kalau korang gi T'ganu pegila cari keropok lekor Tok Beng. Keropok Losong pon kalah kot~
 Ibah : aaaa....nyum2

Malamnya pula, ziarah Ustaz Zawawi (kawan ayah) n Ustazah Sharifah di Pulau Duyong. Rupa-rupanya ayah ade bau2 bacang gak dgn Ustazah ni. Then, baru dapat tahu bahawa ada 4 WAN di Terengganu.
1. Wan Tanjung
2. Wan Pulau Duyong
3. Wan ____
4. Wan ____
Tak ingatlaa 2 lagi Wan tu...hehe. Nanti kna pi tanya ummi lain.

Then, on de way balik singgah masjid Jerteh utk solat jama'. Sukalaa senibina masjid nie...siap ade lif lagi. Tapi aircond xde plak. Diorang lupa buboh kot. Haha...neway, jaulah keluarga kalini best. Banyak yg dapat. Benar sungguh kata pepatah : Jauh perjalanan, luas pandangan~
Sekian!

4 comments:

Unknown said...

kakak ibah syok jalan-jalan. sanggup tinggai tasneem dgn umi baba kat perlihhhh...

oneaminah said...

biase r ibah. org nk g mne msti nk ikut~

diriku said...

bestnya mkn krpok lekor..he2

sakura said...

@diriku : best2!