Sunday, January 31, 2010

Makhluk berbulu...

Semalam, masa nak naik tangga apartment rumah Kakak, sakura terjumpa satu makhluk berbulu di atas tangga dan kelihatannya mahu menyambut kepulangan sakura yang ketika itu baru pulang bersama Umar. Kemudian, makhluk itu menuruni tanggan dan mahu menghampiri sakura sambil mengeluarkan suaranya yang nyalak. Sakura cepat-cepat berundur ke belakang...Tidakkk!! Jangan hampiri kami!! Kami tak bersalah!! Makhluk itu semakin menghampiri dan mendekatkan hidungnya pada Umar. Sakura dengan tangkasnya menarik tangan Umar seraya berundur ke belakang sehingga sampai ke dinding. Kemudian, datang seorang makcik gemok berkata, "$£%^&*(_+=!"?>@~#...." Alamak, tak paham sebab dia cakap French. Macamana nii...makcik itu kemudian cuba mendekatkan lagi makhluk berbulu itu ke arah sakura dan Umar, sambil makhluk berbulu itu cuba menghidu-hidu kami..."Kami dah mandi laa makcik..." kata sakura dalam hati. Kemudian, sakura berkata, "No!!...no!!..." sambil membuat isyarat muka berkerut masam. Nasiblaa makcik tu faham dan bergegas menarik makhluk berbulu tadi dan terus pergi. Huhh....lega!!!

Haa...inilah makhluk berbulu itu...comel kan?

Sebenarnya, makcik dalam cerita di atas adalah jiran kakak saya. Dia hendak membawa anjingnya berjalan-jalan tapi anjingnya tidak diikat. Jadi, semasa dia hendak keluar rumah anjingnya keluar dahulu sambil menyalak-nyalak ke arah kami. Kemudian, apabila makcik itu ternampak sakura dan Umar maka dia pun mahu mengenalkan anjing itu kepada kami supaya jika anjing itu bertemu dangan kami lagi maka dia mengenali kami sebagai kawan, bukan musuh. Tetapi apabila anjing itu cuba menghidu kami, sakura menjauhkan diri sebab kalau terkena, nanti kena samak...susahlaa....jadi sakura pon cakapla "Tidak!!" kepada makcik tu. Nasib makcik tu paham dan jauhkan anjing itu dari kami. Sori ye makcik. Bukan sombong atau tak mahu berkawan dengan anjing makcik. Tapi, kalau kena bulu anjing makcik kena samak....huhu. Maaf sesangat ye makcik...

Saturday, January 30, 2010

Jalan-jalan di park Part 1

Hari ini jom kite layan gambar2 di park yang natural beauty...ade flora jeh...ok...ZaaaSSss...layan~









^_^

Sape nak coklat?

Harini Hari Jumaat. Slalu kalau hari Jumaat kena ambik Umar pukul 11.30 am dari sekolah untuk lunch dan hantar balik ke sekolah pukul 1.15 pm sebab Along pegi solat Jumaat. Then, lepas hantar Umar, singgah sebentar di Carrefour. Carrefour ni kedudukannya tengah2 antara rumah Kakak dan sekolah Umar.


Sambil cari-cari barang yang Kakak pesan, saja tengok bahagian coklat...survey coklat yang nak bawa balik Mesia. Tetiba mata tertangkap satu coklat nih....haha. Lawak tol nama dia.
Nak tergelak tengok nama coklat Galak ni..haha~

Ingat nak beli. Tapi, ni white chocolate. Xsuke sebab manis sangat...ade org Mesia nak ke coklat nih? Coklat kat sini average harga 2euro-3euro satu bar. Murah, kan? Tapi, cuba kalau convert....
2euro x 4.92 (ni rate masa tukar haritu) = RM9.84 satu bar!!
Mahal giler kan....hoho. So, bila nak beli barang mesti convert dulu sebab based on Ringgit Malaysia sebab kalau xconvert maybe habes RM100 saja utk coklat...em, taktaulaa camne. Kena mintak kakak or Aisyah sponsorlaa kot coklat tuh....hehe. Bleh ker?

Friday, January 29, 2010

cheesecake VS flan

Semalam try buat cheesecake...tapi, bile dah siap masak rupa tak macam cheesecake lo...macam puding karamel lak...huhu..tapi, sangat sedap!! Maybe Allah dengar suara hati sakura yang teringin nak makan flan sebab haritu lalu kat bakery Carrefour sedap giler bau pastry n roti yang fresh from oven. Then, tengok flan dia macam sedap...flan ni macam puding karamel atau puding gula hangus tu la...Tapi, nak beli takut tak halal sebab xpaham ingredients dia tulis ape...lagi satu pernah satu ketika mase belek2 roti kat situ tengok ade satu jenis breadstick tu ade rhum (wain la tuh)...huhu. Nyaris-nyaris mau beli...
Inilah rupa flan...menggiurkan~

Ok, ini resepinya...senang sesangat!

Bahan-bahannya :

Untuk base :
150 g biskut yang telah dihancurkan (biasa org guna cream cracker..oreo pon bleh)
3 sudu mentega (butter pon bleh)
2 sudu gula (sakura xletak pon sebab biskut yang digunakan tu dah manis)

- Cairkan mentega dan gaulkan dengan biskut dan gula.
- Lenyekkan campuran dalam loyan.
- Simpan dalam peti ais selama 15-30 minit.

Untuk cake :
200 g / 1 cawan fromage blanc
2 biji telur
5 sudu cream (xletak pon xpe)
1/4 cawan gula kastor

- Campurkan semua bahan di atas dan letak atas base biskut tadi.
- Bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 150 darjah Celcius.

Em, kat sini cari cream cheese xjumpa. Ni sakura buat guna fromage blanc ganti cream cheese. Fromage blanc ni macam yogurt.

Dah siap!!! Inilah hasilnya...cheesecake ala-ala flan ni...ngee~
tengok, baru buat dah separuh daa tinggal..
haa...ni ade skit rupa cheesecake..+_+

Tuesday, January 26, 2010

Gelagat Umar al-Faruq & Fatimah Az-Zahra

Gelagat Umar yg macam-macam
Umar begitu bz dengan laptop Umminya..~
Umar berjalan pulang dari Tadika

Berehat sebentar di park yg xde pape...ade pokok2 je..

Gelagat Fatimah yang begitu kreatif
Mari kita zoom skit...
 Lagi....
Hahaa...ape kamu buat ni, Fatimah?
Gaya rantai leher terbaru...gle bapak besar!

Ketiduran

Gaya 1


Gaya 2
 


Em....begitulah gelagat budak-budak ni...macam2...xterlayan. Biaselah...budak2...masih suci. Besnya jadik kanak-kanak....xpayah susah payah pikir macam2 kan...pape pon, bersyukurlah dengan apa yang ade.

insiden di Carrefour

Tengahari tadi sakura ke Carrefour untuk membeli sedikit barangan dapur dan mencari fillet ikan untuk dimasak....dah boring makan ayam tetiap hari. Seperti biasa ditemani Umar tersayang...


 
Inilah Carrefour, satu2nya kedai terdekat utk membeli barangan harian kakak & family

Dalam dok ralit mencari barang-barang...menekuni tulisan French di label makanan...mencuci mata melihat kepelbagaian bahan masakan dan makanan (sakura memang suka masuk kedai dan melihat barang...kadang2 masuk kedai hampir sejam tp brg yg dibeli hanya satu, dua..tengok benda lain yg lebiih...rase best tgok..mencuci mata...he)...sedar tak sedar Umar dah terlepas dari pegangan tangan sebab dua2 tangan memegang bakul yang hampir penuh dan ofkoslaa berat..huhu. Cari punya cari xjumpa....aiyooo...cmne nih. Orang plak agak ramai sebab hari Ahad dan jam pon nak dekat pukul 12(Kedai di sini tutup kul 12 pada hari Ahad). Dah cuak...dalam kepala terpikir nak kena telefon kakak la pasni...tapi dalam masa yang sama sempat lagi habiskan mencari barang2 yang nak dibeli...then, dalam perjalanan nak ke kaunter pembayaran, terdengar pengumuman...tapi, aiseh xpaham. Malay pliz...dok syak tah2 dia buat pengumuman pasal anak sape yg hilang. Tapi, disebabkan ketidakfahaman...buat derk je. Tapi dalam hati dok doala bagi dapat jumpa Umar cepat. Tetiba je tergerak hati nak ke area sayur sebab tadi dok pilih2 sayur jgk dgn Umar...mane tau dia still kat sana. Then, ternampaklaa budak berjaket merah itu...Umar berada dekat kaunter informasi yg berhampiran dengan area sayur tu..air mata dia dah meleleh tapi suara xkeluar. Alhamdulillah jumpa!! Nampak orang lain yg dok beratur kat kaunter tu senyum2 n tengok2 je...rase sahlaa pengumuman tadi pasal Umar...hik..hik...apelaa Cik Nah ni...sian Umar. Pastu mintak maaf dgn Umar n tanya dia nak ape..tapi dia diam je. So, trus bayar n balik..sekian ceritera hari ini.

Friday, January 22, 2010

Daily routine here~

7.15 am : Bangun pagi, Gosok gigi, Solat Subuh, Terus mandi,
8.30 am : Breakfast - menu : Roti campur tuna / choc spread / cheese / serunding dan --> semestinya hot milk choc! Hari-hari breakfast roti...rindu lak nasi lemak pagi-pagi kat rumah.
9.00 am : Online - check email, check notifications, check blog, check macam-macamla lagi~
11.00 am : Siap-siap masak - lauk : ayam...ayam...ayam...sini banyak makan ayam je...sbb ikan mahal. huhu..xpe, naseb ske ayam. Ayam goreng!!! (sebut dgn gaya Upin Ipin).
11.30 am : Amik Umar dari tadika kalau Along xbalik. Best gak...leh jalan2 amik angin sejuk dr dok teperuk lam rumah. Nice..nice...^_^
1.30 pm : Makan...
2.00 pm : Main dengan baby or online kembali. ngee~
4.30 pm : Ambil Umar balik dari Tadika.
8.00 pm : Dinner
9.00 pm : Tido...gle awal tdo..sebab xtau nak buatpe dah. Lagipon Umar nak kena tido awal supaya dia senang bangun esok pagi. So, slalunya tido dalam 10jam...dasat2...sebab Subuh di sini kol 7 am baru masuk. Mahsyuk le tidonya...he~

Thursday, January 21, 2010

Bienvenue en France~

14 Januari 2010
Malam ni akan ke KL dengan abang Saif. Plan awal nak naik keretapi, tapi banyak sangat benda nak kena setelkan (ambil serunding kat Andaman, beli barang-barang yang Aisyah & Kakak pesan, beli barang Ummi pesan, bagi CD kat Dee, beli barang Neni dan lagi dan lagi....), alih-alih naik bas je...lagi cepat!
Eh..eh..ke mana sebenarnya sakura nak pergi ni??

 Tu diaa....banyaknya barang.... nak lari dari rumahkah??

Ehhh...mana ade lari dari rumah. Sakura nak ke........France! Cuti-cuti Malaysia. Hmm...gambar atas tu kat Jalan Duta...menunggu hari siang sebelum menaiki teksi ke KL Sentral. Then, dari KL Sentral amik bas ke KLIA~

15 Januari 2010

 
Sampai di KLIA dalam pukul 12. Pekena nasi Padang Pagar Ruyung dulu....then, menunggulaa flight jam 8.30 malam nanti..huh...penat menunggu jer...

Abang begitu bizi dengan laptopnya...aku yg kebosanan~

Pukul 5.30 petang baru kaunter check-in bukak. Sebelum tu, sempat pekena kueyteow kerang dulu. Dibelanja oleh Pakcik Kasjoo dan Makcik Hawariyah (parents abg Rizal, my brother in-law). Diorang dtg hantar brg untuk pass pd anaknya. Pakcik Rehan dan Makcik Ruzimas (parents Along, my brother in-law) juga datang hantar thermal n glove. Terasa keberangkatanku dihantar oleh mertua orang...mane mertua sndri nih?? haish....haish...-sile abaikan kenyataan ini

Then, off we go!!

Fligt Qatar Airways QR 625 dijadualkan berlepas jam 8.30pm (waktu Malaysia). Tapi, bila dah boarding...flight xjalan2...1 jam lepas tu baru berlepas....memang dah tertido dah sebab boring sangat tunggu..huhu

Makan malam dalam flight - nasii putih + filet ikan + asam bendi + acar yg sgt masam

Dan strawberry mousse yg sedap!! Rase nak mintak lagi jer..~

Then, around 12.30am sampai di Doha. Dah cuak sebab flight dalam jadual transit 2 jam je di Doha. Tapi, ni dah delay sejam. Flight seterusnya Doha-Paris pukul 1.15am. Sempat ke? Plak tu nak turun dari flight ke terminal seterusnya ade laa dalam 20 minit (tunggu org depan amik beg, tunggu bas jalan..huhu). Then, sampai terminal arrival, nampak papan tanda Transit..nasib depan pintu Arrival tu je..xpayah susah payah cari. Then, ade dengar orang panggil....Paris...Paris. Tengok line punyalaa panjang. Tapi, kat gate tu xde org...so, pintas je ikut bawah palang tu. Nasib lepas bagpack yg besar gabak tuh...sampai kat gate 8, polis tu tengok muka org Asia. Dia tegur, " Apa khabar?". Hoho...pandai jgak polis Doha ni. Then, dia tanya, "Alone?". Sakura jawab, "Yes!!....My sister is over there." Then, off to another airbus ke Paris. Sebelum tu, sempat jeling board...dia tulis last call..hu. Sipi-sipi je..alhamdulillah!

Naik flight Doha-Paris ni walaupon dah tengah malam, xngantuk dah sebab dah tido banyak dalam flight sebelumnya..so, tgok org dok tgk movie....try2 tengok. Alih-alih layan kartun...hehe. Ok gak. Xbosan sgt.

 
Sempatlaa layan 3citer..haha~

Breakfast sebelum turun...bes2...kenyang sangat!

16 Januari 2010
Alhamdulillah, selamat mencecah bumi Paris jam 6.30am (waktu France). Gelap lagik....kluar skejap tgok keadaan....woOooo....sejuknya...xleh nafas. Asap bekepul kuar kot mulut. Jakun skejap..biasela org Peghelih ke Paris.....ni kat Charles de Gulle Airport sementara tunggu Along dtg amek...jln2 n amek gmbar skit...bosan dowh~

Bosan menunggu..ambil gambar jela..cantik kan pasu dia. Lampu tu tukar2 kaler...
Macam nk letak kat rumah...haha

McDonalds di mana-mana. Nak pi makan tp xtau halal ke x..snap gmbr jela~

Tangga ni pon macam nak letak kat umah..hehe..ngade2 kamoo ni..

First time membeli di France menggunakan mata wang Euro (€). Beli air mineral je pon kat kedai Relay ni..he
bosan menunggu..huhu

Setelah menunggu hampir 5 jam....akhirnya!! Umar dtg bersama ayahnya.

umar buat derk jee...xingat dah kat Cik Nah

Umar buat xlayan jer....

Ok, dah sampai rumah...nie laa rumah Umar. Jemput masuk...Bienvenue dans ma maison~ (btui ke ckp nih? hehe)


Monday, January 11, 2010

Appointment with Dr.Heart

Esok ade appointment dgn Dr.Heart. Setiap 1 tahun setengah kna gi check-up...huhu. Slalunya ditemani ayah terchenta....sian ayah terpaksa membawa puterinya yang nakal ni tiap taun..huhu.So, kalini pegi nek ketapi. Bertolak dr Arau jam 5.30 ptg, 7 Jan 2010...


Kebosanan dlm ketapi...amek gamba ler~

Perjalanan dari Arau-KL mengambil masa lebih kurang 13 jam. Itupon kalau xdelay or sangkut mane2...hu. Sangat memenatkan....tp, amek cabin yg ade katil. so, leh tdo dgn selesanya berbanding travel dgn bas. Cuma, masa agak lama...Sampai di KL Sentral, tunggu Subuh. Then, trus amek Monorail ke Chow Kit. Dr Monorail Chow Kit amek teksi ke destinasi appointment.


Ni laa front desk hospital yg baru. Dah cantek. Bangunan baru. Xsempat snap dr luar sebab hujan..


Pintu masuk...suke tgok love tuh...sgt comel~

Sementara tunggu giliran jln2 dlm bangunan baru. Saje snap lukisan2 & background yg dirasakan menarek..~






 

Kalini datang sgt awal. Kol 7.30 am dah daftar. Then, jadi org first jumpa Dr. Yg klakarnya...masuk2 dia cakap...."Ingatkan budak umo 2 tahun....tgok2 bdk besar umo 20 taun...." Senyum jelaa....tengokla kat wad mane kena check-up. Wad pediatrik...sume patient yg tunggu same adalah baby or kanak2....saya je kanak-kanak besar...he~

 
Pintu bilik Dr. Comel kan?

So, dlm pukul 9.45 am dah selesai sumer. Biasa pukul 12 ke atas baru selesai. Harini dalam sejarah!.Lepas abes xtau nak buat ape sebab flight kol 5 petang. Lagi 7 jam nak kena tunggu...last2 lepak kat KL Sentral jek sblum nek Komuter ke Subang Jaya..