Saturday, January 30, 2010

Sape nak coklat?

Harini Hari Jumaat. Slalu kalau hari Jumaat kena ambik Umar pukul 11.30 am dari sekolah untuk lunch dan hantar balik ke sekolah pukul 1.15 pm sebab Along pegi solat Jumaat. Then, lepas hantar Umar, singgah sebentar di Carrefour. Carrefour ni kedudukannya tengah2 antara rumah Kakak dan sekolah Umar.


Sambil cari-cari barang yang Kakak pesan, saja tengok bahagian coklat...survey coklat yang nak bawa balik Mesia. Tetiba mata tertangkap satu coklat nih....haha. Lawak tol nama dia.
Nak tergelak tengok nama coklat Galak ni..haha~

Ingat nak beli. Tapi, ni white chocolate. Xsuke sebab manis sangat...ade org Mesia nak ke coklat nih? Coklat kat sini average harga 2euro-3euro satu bar. Murah, kan? Tapi, cuba kalau convert....
2euro x 4.92 (ni rate masa tukar haritu) = RM9.84 satu bar!!
Mahal giler kan....hoho. So, bila nak beli barang mesti convert dulu sebab based on Ringgit Malaysia sebab kalau xconvert maybe habes RM100 saja utk coklat...em, taktaulaa camne. Kena mintak kakak or Aisyah sponsorlaa kot coklat tuh....hehe. Bleh ker?

2 comments:

Aisya said...

hahahahaaaa mmg GALAK!!

oneaminah sakura said...

tulaa pasal...nk tergelak guling2 awal2 tgok coklat tuh...seb dpt kawal diri...