Sunday, January 31, 2010

Makhluk berbulu...

Semalam, masa nak naik tangga apartment rumah Kakak, sakura terjumpa satu makhluk berbulu di atas tangga dan kelihatannya mahu menyambut kepulangan sakura yang ketika itu baru pulang bersama Umar. Kemudian, makhluk itu menuruni tanggan dan mahu menghampiri sakura sambil mengeluarkan suaranya yang nyalak. Sakura cepat-cepat berundur ke belakang...Tidakkk!! Jangan hampiri kami!! Kami tak bersalah!! Makhluk itu semakin menghampiri dan mendekatkan hidungnya pada Umar. Sakura dengan tangkasnya menarik tangan Umar seraya berundur ke belakang sehingga sampai ke dinding. Kemudian, datang seorang makcik gemok berkata, "$£%^&*(_+=!"?>@~#...." Alamak, tak paham sebab dia cakap French. Macamana nii...makcik itu kemudian cuba mendekatkan lagi makhluk berbulu itu ke arah sakura dan Umar, sambil makhluk berbulu itu cuba menghidu-hidu kami..."Kami dah mandi laa makcik..." kata sakura dalam hati. Kemudian, sakura berkata, "No!!...no!!..." sambil membuat isyarat muka berkerut masam. Nasiblaa makcik tu faham dan bergegas menarik makhluk berbulu tadi dan terus pergi. Huhh....lega!!!

Haa...inilah makhluk berbulu itu...comel kan?

Sebenarnya, makcik dalam cerita di atas adalah jiran kakak saya. Dia hendak membawa anjingnya berjalan-jalan tapi anjingnya tidak diikat. Jadi, semasa dia hendak keluar rumah anjingnya keluar dahulu sambil menyalak-nyalak ke arah kami. Kemudian, apabila makcik itu ternampak sakura dan Umar maka dia pun mahu mengenalkan anjing itu kepada kami supaya jika anjing itu bertemu dangan kami lagi maka dia mengenali kami sebagai kawan, bukan musuh. Tetapi apabila anjing itu cuba menghidu kami, sakura menjauhkan diri sebab kalau terkena, nanti kena samak...susahlaa....jadi sakura pon cakapla "Tidak!!" kepada makcik tu. Nasib makcik tu paham dan jauhkan anjing itu dari kami. Sori ye makcik. Bukan sombong atau tak mahu berkawan dengan anjing makcik. Tapi, kalau kena bulu anjing makcik kena samak....huhu. Maaf sesangat ye makcik...

0 comments: