Sunday, February 14, 2010

Happy Chinese New Year

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun 2010 merupakan tahun harimau. Auummmm....~
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. (Sumber)

Laa....apsal tetiba entri pasal Chinese New Year ni?? Sakura bukan org Cina pon...nape lak nak lebih2kan perayaan ni? Em, xdelaa....raya Cina kali ni terasa cutinya panjang sangat. Pastu xde keja lak skrang...m'blogging laa...Erm...semalam, kontraktor bangunan baru Umm bagi hamper, limau dan kuih bakul.
Wauu!! Servis bagus punya utk customer!! Bagus2!! Nie yang bagus org Cina...servis baekk punyer pd customer...xmacam org Melayu. Kalau customer masuk kedai, layan macam malas jek...tu blom layanan di kaunter kerajaan....masam n nak marah2 jek. Sikap yg sangat tidak patut ada pada org Melayu bergelar MUSLIM. Tu Melayu makin melayuu.....huh! Saya pon org Melayu, okay. Saya cakap berdasarkan rasa ketidakpuasan hati terhadap segelintir org Melayu tuu.....some Malays tend to behave like _______. (sila isi sesuka ati anda.) Please behave, okay! Wallahu 'alam. Ampun jika tersalah kata tersilap bicara.  

2 comments:

Nadia Fairos Bt Ahmad said...

sebut pasal contractor...sbelah umah ampa tu nk wat pe??..

oneaminah sakura said...

wat bangunan sket..he~