Thursday, June 24, 2010

demam bola~

World Cup atau Piala Dunia sudah pun bermula sejak 11 Jun yang lalu...tapi baru terasa nak buat entri pasal World Cup ni. Yelaa....buka tv je bola. Nak online pon sume orang memperkatakan tentang bola tak kira dalam blog, facebook, ym dan sumela...dalam paper lak, heboh pasal judi bola. Bola...bola....bola.Tak pahamlaa aku dengan korang sume nih!!!!...haha. Dah tak minat bola, xkisahla cakap camni. Jadi, untuk tidak dikatakan katak dalam kasut tempurung, maka buat juga la entri ni. Masih belum terlambat, bukan?

Hurmm....semalam masa nak guna internet, ternampakla page2 yang telah dibuka oleh my lil bro, Afarz.
Semua pasal lagu-lagu FIFA World Cup 2010 ni. Jom, kita dengar-dengarkan. Best jugak layan....hehe~



 Wavin Flag by K'Naan

         When i get older, they’ll call me freedom
        Just like a Waving Flag

        [Chorus]
        When I get older, I will be stronger,
        They’ll call me freedom, just like a Waving Flag,
        And then it goes back, and then it goes back,
        And then it goes back

        Born to a throne, stronger than Rome
        but Violent prone, poor people zone,
        But it’s my home, all I have known,
        Where I got grown, streets we would roam.
        But out of the darkness, I came the farthest,
        Among the hardest survival.
        Learn from these streets, it can be bleak,
        Except no defeat, surrender retreat,

        So we struggling, fighting to eat and
        We wondering when we’ll be free,
        So we patiently wait, for that fateful day,
        It’s not far away, so for now we say

        [Chorus]

        So many wars, settling scores,
        Bringing us promises, leaving us poor,
        I heard them say, love is the way,
        Love is the answer, that’s what they say,
        But look how they treat us, Make us believers,
        We fight their battles, then they deceive us,
        Try to control us, they couldn’t hold us,
        Cause we just move forward like Buffalo Soldiers.

        But we struggling, fighting to eat,
        And we wondering, when we’ll be free
        So we patiently wait, for that faithful day,
        It’s not far away, but for now we say,

        [Chorus] 2x

        (Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
        And everybody will be singing it
        (Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
        And you and I will be singing it
        (Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
        And we all will be singing it
        (Ohhh Ohh Ohh Ohh)

        [Chorus] 2x

        When I get older, when I get older
        I will be stronger, just like a Waving Flag,
        Just like a Waving Flag, just like a Waving flag
        Flag, flag, Just like a Waving Flag

Waka Waka by Shakira

You're a good soldier
Choosing your battles
Pick yourself up
And dust yourself off
And back in the saddle

You're on the frontline
Everyone's watching
You know it's serious
We're getting closer
This isnt over

The pressure is on
You feel it
But you've got it all
Believe it

When you fall get up
Oh oh...
And if you fall get up
eh eh..

Tsamina mina
Zangalewa
Cuz this is Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
This time for Africa

Listen to your god
This is our motto
Your time to shine
Dont wait in line
http://www.elyricsworld.com/waka_waka_lyrics_shakira.html
Y vamos por Todo

People are raising
Their Expectations
Go on and feed them
This is your moment
No hesitations

Today's your day
I feel it
You paved the way
Believe it

If you get down
Get up Oh oh...
When you get down
Get up eh eh...

Tsamina mina zangalewa
This time for Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa



Tapi, suka jugak lagu yang Super Junior & 2AM nyanyi utk Korea sempena Piala Dunia ni...



Sangat kiutlaa 2 MV nie...hihi...i loike~

Ok, papehal pon nasihat cik sakura; janganlah kita sanggup bangun pagi-pagi buta untuk tengok bola, tapi xsanggup untuk bangun malam berTahajjud & merintih pada-Nya atau malas study untuk exam~ Haha...sape terasa, rasakanlah. Tepuk dada, tanya iman di hati. Moga-moga kita dilindungi Allah dari tipu daya dunia ini.

Monday, June 21, 2010

Malamni tetiba je ummi ajak makan kat luar. Rupa-rupanya ia adalah plan kak Najah (my sis in-law) nak sambut Hari Bapa. Surprise untuk 2 bapa dalam rumahni....my beloved dad, Ayah & my bro, Abang. Asalnya nak makan ikan bakar kat Kuala Perlis tapi disebabkan tak jumpa contact no. restoran kat K.Perlis tu (nak order siap2, nanti sampai terus makan...tak payah tunggu order dah), alih2 makan kat Sawaddi je. Ingat lagi, dulu masa kecik2 ummi ayah slalu gak bawa makan kat sini tapi, dah makin besar ni, dah jarang, Lagipun makin banyak restoran yang mucul untuk dicuba. ^_^
Ok, layan gambar jelaa...xde ape sangat nak cerita sebab gi situ makan2 je...
 
  
 


Last but not least, sesi potong-memotong kek.
Eppy Father's Day to Ayah & Abang! Hope both of u will be a great ayah to ur children~

Saturday, June 19, 2010

Kengkawan Kawen

12 Jun : Kauthar & Zaharan
Ex-SRAZ ~ Huda, Sakura, Kauthar, Eina

17 Jun : Tasnim & Sulhi
Pengantin prempuan adalah kawan sakura semasa sekolah menengah di SMKAP(Form 1-4) manakala pengantin lelaki adalah rakan sekolah di SMKAA (Form 5). Kedua-dua mereka berkenalan semasa belajar di UIA. Seorang bakal nurse dan seorang lagi bakal doktor. Gandingan yang mantap!!! Pasni boleh bukak klinik or hospital sendiri la....

Wednesday, June 9, 2010

Kenduri Sepupu

Salam all...fuuuhhh...fuuuhh...(Tiup habuk). Dah dekat sebulan lebey xtulis. Takde idea nak menulis. Huhu...ok, ni nak cerita peristiwa minggu lepas.

Weekend lepas cik sakura berjaulah bersama keluarga ke Kemaman, Terengganu. Attending my cousins' wedding. 2 beradik sekaligus kawin...senang! Hehe....k, introducing the newly weds~

Greenish Kak Wan Marhamah & suami

Pinkish Kak Wan Mardhiah & suami

Kedua-dua beradik mempelai with their new partners
Barokallahu lakuma wa baroka alaikum
Wa jama'a bainakuma fii khaiir

Then, lepas abis kenduri petang tu, kitorang bertolak ke Kuala Terengganu plak. Kampung ummi n ayah cik sakura. Alang-alang dah sampai belah pantai timur ni, takkan tak singgah kampung kan? Ok, malamtu sampai pun dah agak lewat. Dalam pukul10...makan kat rumah Tok kat Losong then tido di rumah Su Mah (adik ayah) di Wakaf Beruas. Esoknya, pegi membeli-belah di Pasar Payang. Cik sakura & cik Qis merembat blaus batik sorang satu. Macam nak beli beberapa helai lagi, tapi duwet tadak....huhu. Ummi lak memborong serunding dan keropok keping. Lunch yang sangat sedap...makan nasi lauk ikan bakar & ayam panggang cicah budu n tempoyak di rumah usang Cik Chah (kakak Ummi), rumah peninggalan parents ummi cik sakura. Sangat antik rumahnya.

Petangnya pula, ziarah pertama ke rumah Nyah (mak saudara ayah) dan Tok Che' Dok (mak sedara ummi) di Bukit Bayas.

Pastu gi singgah cari keropok lekor..ummi dah mengidam nak makan sejak semalam lagi. Ade orang bagitau kat Kg. Tok Beng keropok lekornya sedap. Cari punya cari...jumpa jugak!

Fuhh...bersistematik sungguh kedai dia. Masak guna kayu api n guna kipas letrik utk tiup kayu api.

Ada keropok lekor rebus dan goreng. Pulak tu boleh order untuk esok n boleh pilih nak yang panas or yg sejuk beku (siap vacuum seal lagi). Terbaeklaa~ So, nanti kalau korang gi T'ganu pegila cari keropok lekor Tok Beng. Keropok Losong pon kalah kot~
 Ibah : aaaa....nyum2

Malamnya pula, ziarah Ustaz Zawawi (kawan ayah) n Ustazah Sharifah di Pulau Duyong. Rupa-rupanya ayah ade bau2 bacang gak dgn Ustazah ni. Then, baru dapat tahu bahawa ada 4 WAN di Terengganu.
1. Wan Tanjung
2. Wan Pulau Duyong
3. Wan ____
4. Wan ____
Tak ingatlaa 2 lagi Wan tu...hehe. Nanti kna pi tanya ummi lain.

Then, on de way balik singgah masjid Jerteh utk solat jama'. Sukalaa senibina masjid nie...siap ade lif lagi. Tapi aircond xde plak. Diorang lupa buboh kot. Haha...neway, jaulah keluarga kalini best. Banyak yg dapat. Benar sungguh kata pepatah : Jauh perjalanan, luas pandangan~
Sekian!

Sunday, April 25, 2010

Kenapa saya suka rumah saya??

Entah kenapa lately ni selalu je rindukan rumah...oh, homesick kah??
Macam kurang logik....yela dah besar gajah & tua bangka takkan dok homesick lagi kan?? Hurmm..(berfikir sejenak).....
Ohhh......Home Sweet Home~ Saya rindu rumah saya.....~


Kenapa saya suka rumah saya? Sebab ada makanan yang banyak...
Kenapa saya suka rumah saya? Sebab ada orang tolong basuh & lipatkan kain baju
Kenapa saya suka rumah saya?  Sebab ada internet yang laju
Kenapa saya suka rumah saya? Sebab rindu nak golek-golek atas katil dan tidur dengan pulasnya..heh
Kenapa saya suka rumah saya? Sebab ada anak-anak sedara yang sangat comel~
Kenapa saya suka rumah saya?  Sebab ada ummi & ayah yang saya sayang~
Kenapa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya besTTTTTTTT!!!!
 Miss One Big Happy Family~

Ahhhh....rindu bangat sama Unim (Wan Tasneem Sofiyya) yang montel

DAN

Maira' (Aisyah Humaira') yang suke tidoo...~

Saturday, April 10, 2010

P1 W1max at PC Fair

Tadi sakura ke PC Fair bersama Cik Azimah, kawan yg dikenali semasa interview di iPharm dan merupakan pemenamg org yg lulus inerview itu~ Alih-alih dia duduk apartment U-Heights jugak..cuma blok yg berlainan. So, harini sebab sume housemate ade program, ajaklaa Cik Azimah...naseb dia free...ade gak teman ke PC Fair yg sesak itu. Tujuan utama ke PC Fair kalini nak gi beli P1 W1max. Senang skit pasni nak cari jurnal. Booth P1 terletak bersebelahan je dgn Celcom, Maxis & Streamyx. Kira persaingan yg sgt sengit. Yang syoknya tengok baju2 depa. Celcom biru, Maxis hijau, P1 hitam, Streamyx oren. Fuhh...kaler2. Sayang xde kamera...kalo x mesti lawa amek gambar lautan promoter yg colourful~
Pakej P1 yang ada :
Awal-awal konpius nak pilih pakej Modem with WiFi atau Broadband sahaja. Setelah diterangkan dengan detailsnya...so, pilih pakej Home Lite (Desktop Modem with WiFi). Boleh share ramai2 dengan housemate kat rumah. Caj bulanannya RM49 dengan tahap penggunaan 5GB dan muat turun sehingga 400Kbps. Tawaran yang lebih lumayan dari Celcom & Maxis Broadband!! Cumanya pakej Home ni kontrak 2tahun. Kalo Wiggy, xde kontrak. Then, bayar RM100 utk upfront payment. Tapi, rebate. Nanti, dia akan tolak dari bil. So, duit RM100 tu akan dapat balik.

Lepas setel registration sume, dia suh main games lak. Kena masuk dalam Money Chamber macamni :
Then, wang kertas dalam tu akan diterbangkan dan kita kena kutip sebanyak mana yang dapat dalam masa 20 saat je...mana sempat nak kutip banyak-banyak!!
Alhamdulillah, setelah pulun 20 saat seperti orang ini ;
Berjaya dapat RM129!!! Hoorayy!! Xpayah bayar bil selama 3bulan~ Leh jimat untuk benda lain. ^_^


**p/s : Thanx Ayah untuk upfront payment~

Saturday, April 3, 2010

RnR at Bukit Sami

RnR?? Kalini bukan nak cerita pasal tempat Rehat n Rawat terbaru di Gua Sami...xde pon kerajaan nak bangunkan RnR kt situ tp ni adalah nama yg diberi utk aktiviti kalini...which stand for ---> Riadhah & Rekreasi~ Aktivitinya mendaki memanjat tangga Bukit Sami di Seriab.

RnR ni disertai oleh pelajar2 Kolej Komuniti, Sekolah Syed Alwi & Sekolah Agama (P). Alhamdulillah, aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi yang serba ringkas. Takleh makan banyak2....nanti takut keluar balik je.. kemudian...sedikit regangan yg diketuai Mejar ....(tatau nama laa...hehe) sebelum memulakan aktiviti pendakian.

Pendakian sebanyak 524 anak tangga....skit je tuh.. 

Thanx tu Pak Din sbb tolong2 tgokkan pendakian ktorang

Subhanallah~ Nice view of Perlis walaupon xnampak keseluruhannya
Penurunan yg agak curam....kena hati-hati....n byk ulat bulu...nak pegang handle tangga xleh sbb ulat tu dok melekap di situ..huhu

Bergambar beramai-ramai selepas turun

Sesi Kuiz....tengok--> bersemangat sungguh nak jawab!! Bagus2~

Alhamdulillah, diberi kesempatan beriadhah bersama-sama adik2 ni...peluh merecik2 keluar....nampak sangat lama xberriadhah. So, pasni kena bersukanlaa sekali seminggu ke...OK, sakura! Chaiyok...chaiyok~ Aja...aja...fighting!!
Em, esok ade rehlah di Penang lak....macam xdpt join je sbb ptg sok baru bertolak pulang ke Penang. Rehlahnya pagi....xpela. sekali sekala join program Perlis...sekali sekala di Penang. ^_^

Tuesday, March 30, 2010

Weekend yang padat!

Plan awal nak balik Perlis weekend lepas sebab nak ambil barang bawak mai Penang..haritu datang bawak skit2 je baju n brg2 lain. Plak tu ari Khamis & Jumaat xde keja kat lab sbb RA (Kak Ruri) yang dok ajar sakura balik Indon. So, kalau balik dari hari Khamis....wow! Cuti 4 hari. Namun, memikirkan kalau balik nanti, banyak jugak belanja yang dikeluarkan (Minyak=RM20, tol=RM20)...so, plan cancelled. Huhuu..

Alih-alih weekend tu, jadual tetiba penuh lak....
Sabtu : Pagi Daurah Fiqh at Bertam, malam plak meeting...
Ahad : Pagi Ziarah Mahabbah TPSM KnL, petangnya plak main boling dgn geng usrahmate, usrah Kak Yana dan student I4P.
Tetiba rasa xpuas main boling...rase cam kejap je dah habis....xpe2....nanti kita main lagik yer

Thursday, March 11, 2010

Back to USM

I'll be leaving to USM on 15th March. Dapat jadi part-time RA sambil2 wat literature review for master. Hurmm...kembali ke USM semula nampaknya. Kalau ikutkan hati, nak gak merantau idup di negeri laen...UPM, UKM....tapi, mungkin rezekiku di Utara. Mungkin ade hikmahnya...

Uwaa....sedeynyaa nak meninggalkan rumah. Nanti mesti akan merindui Tasneem, Kak Ibah n Baby Kauthar.
OK, Doakanku diberikan kemudahan & kekuatan utk menyelesaikan masterku dgn jayanya!! Amiiinnn~

Tuesday, March 2, 2010

Renovation

my blog sedang direnovate...harap maklum....sedang menukar template...harap bersabar yek...