Sunday, April 25, 2010

Kenapa saya suka rumah saya??

Entah kenapa lately ni selalu je rindukan rumah...oh, homesick kah??
Macam kurang logik....yela dah besar gajah & tua bangka takkan dok homesick lagi kan?? Hurmm..(berfikir sejenak).....
Ohhh......Home Sweet Home~ Saya rindu rumah saya.....~


Kenapa saya suka rumah saya? Sebab ada makanan yang banyak...
Kenapa saya suka rumah saya? Sebab ada orang tolong basuh & lipatkan kain baju
Kenapa saya suka rumah saya?  Sebab ada internet yang laju
Kenapa saya suka rumah saya? Sebab rindu nak golek-golek atas katil dan tidur dengan pulasnya..heh
Kenapa saya suka rumah saya? Sebab ada anak-anak sedara yang sangat comel~
Kenapa saya suka rumah saya?  Sebab ada ummi & ayah yang saya sayang~
Kenapa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya besTTTTTTTT!!!!
 Miss One Big Happy Family~

Ahhhh....rindu bangat sama Unim (Wan Tasneem Sofiyya) yang montel

DAN

Maira' (Aisyah Humaira') yang suke tidoo...~

Saturday, April 10, 2010

P1 W1max at PC Fair

Tadi sakura ke PC Fair bersama Cik Azimah, kawan yg dikenali semasa interview di iPharm dan merupakan pemenamg org yg lulus inerview itu~ Alih-alih dia duduk apartment U-Heights jugak..cuma blok yg berlainan. So, harini sebab sume housemate ade program, ajaklaa Cik Azimah...naseb dia free...ade gak teman ke PC Fair yg sesak itu. Tujuan utama ke PC Fair kalini nak gi beli P1 W1max. Senang skit pasni nak cari jurnal. Booth P1 terletak bersebelahan je dgn Celcom, Maxis & Streamyx. Kira persaingan yg sgt sengit. Yang syoknya tengok baju2 depa. Celcom biru, Maxis hijau, P1 hitam, Streamyx oren. Fuhh...kaler2. Sayang xde kamera...kalo x mesti lawa amek gambar lautan promoter yg colourful~
Pakej P1 yang ada :
Awal-awal konpius nak pilih pakej Modem with WiFi atau Broadband sahaja. Setelah diterangkan dengan detailsnya...so, pilih pakej Home Lite (Desktop Modem with WiFi). Boleh share ramai2 dengan housemate kat rumah. Caj bulanannya RM49 dengan tahap penggunaan 5GB dan muat turun sehingga 400Kbps. Tawaran yang lebih lumayan dari Celcom & Maxis Broadband!! Cumanya pakej Home ni kontrak 2tahun. Kalo Wiggy, xde kontrak. Then, bayar RM100 utk upfront payment. Tapi, rebate. Nanti, dia akan tolak dari bil. So, duit RM100 tu akan dapat balik.

Lepas setel registration sume, dia suh main games lak. Kena masuk dalam Money Chamber macamni :
Then, wang kertas dalam tu akan diterbangkan dan kita kena kutip sebanyak mana yang dapat dalam masa 20 saat je...mana sempat nak kutip banyak-banyak!!
Alhamdulillah, setelah pulun 20 saat seperti orang ini ;
Berjaya dapat RM129!!! Hoorayy!! Xpayah bayar bil selama 3bulan~ Leh jimat untuk benda lain. ^_^


**p/s : Thanx Ayah untuk upfront payment~

Saturday, April 3, 2010

RnR at Bukit Sami

RnR?? Kalini bukan nak cerita pasal tempat Rehat n Rawat terbaru di Gua Sami...xde pon kerajaan nak bangunkan RnR kt situ tp ni adalah nama yg diberi utk aktiviti kalini...which stand for ---> Riadhah & Rekreasi~ Aktivitinya mendaki memanjat tangga Bukit Sami di Seriab.

RnR ni disertai oleh pelajar2 Kolej Komuniti, Sekolah Syed Alwi & Sekolah Agama (P). Alhamdulillah, aktiviti dimulakan dengan sarapan pagi yang serba ringkas. Takleh makan banyak2....nanti takut keluar balik je.. kemudian...sedikit regangan yg diketuai Mejar ....(tatau nama laa...hehe) sebelum memulakan aktiviti pendakian.

Pendakian sebanyak 524 anak tangga....skit je tuh.. 

Thanx tu Pak Din sbb tolong2 tgokkan pendakian ktorang

Subhanallah~ Nice view of Perlis walaupon xnampak keseluruhannya
Penurunan yg agak curam....kena hati-hati....n byk ulat bulu...nak pegang handle tangga xleh sbb ulat tu dok melekap di situ..huhu

Bergambar beramai-ramai selepas turun

Sesi Kuiz....tengok--> bersemangat sungguh nak jawab!! Bagus2~

Alhamdulillah, diberi kesempatan beriadhah bersama-sama adik2 ni...peluh merecik2 keluar....nampak sangat lama xberriadhah. So, pasni kena bersukanlaa sekali seminggu ke...OK, sakura! Chaiyok...chaiyok~ Aja...aja...fighting!!
Em, esok ade rehlah di Penang lak....macam xdpt join je sbb ptg sok baru bertolak pulang ke Penang. Rehlahnya pagi....xpela. sekali sekala join program Perlis...sekali sekala di Penang. ^_^

Tuesday, March 30, 2010

Weekend yang padat!

Plan awal nak balik Perlis weekend lepas sebab nak ambil barang bawak mai Penang..haritu datang bawak skit2 je baju n brg2 lain. Plak tu ari Khamis & Jumaat xde keja kat lab sbb RA (Kak Ruri) yang dok ajar sakura balik Indon. So, kalau balik dari hari Khamis....wow! Cuti 4 hari. Namun, memikirkan kalau balik nanti, banyak jugak belanja yang dikeluarkan (Minyak=RM20, tol=RM20)...so, plan cancelled. Huhuu..

Alih-alih weekend tu, jadual tetiba penuh lak....
Sabtu : Pagi Daurah Fiqh at Bertam, malam plak meeting...
Ahad : Pagi Ziarah Mahabbah TPSM KnL, petangnya plak main boling dgn geng usrahmate, usrah Kak Yana dan student I4P.
Tetiba rasa xpuas main boling...rase cam kejap je dah habis....xpe2....nanti kita main lagik yer

Thursday, March 11, 2010

Back to USM

I'll be leaving to USM on 15th March. Dapat jadi part-time RA sambil2 wat literature review for master. Hurmm...kembali ke USM semula nampaknya. Kalau ikutkan hati, nak gak merantau idup di negeri laen...UPM, UKM....tapi, mungkin rezekiku di Utara. Mungkin ade hikmahnya...

Uwaa....sedeynyaa nak meninggalkan rumah. Nanti mesti akan merindui Tasneem, Kak Ibah n Baby Kauthar.
OK, Doakanku diberikan kemudahan & kekuatan utk menyelesaikan masterku dgn jayanya!! Amiiinnn~

Tuesday, March 2, 2010

Renovation

my blog sedang direnovate...harap maklum....sedang menukar template...harap bersabar yek...

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum....

Apa khabar badan? Apa khabar jiwa? Apa khabar iman?
Semoga pembaca2 sekalian sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih-sayang Rabb kita.
Hari ini, 12 Rabiul Awal 1431 H, ulang tahun kelahiran manusia teragung, kekasih Allah yang tercinta, Muhammad bin Abdullah SAW. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat kepada Baginda yang kita kasihi kerana tanpa Baginda kita takkan dapat merasai nikmat Iman dan Islam yang sangat indah ini.
Jom selawat!!!

Wednesday, February 24, 2010

Liburan ke Jakarta + Bandung

Rabu lepas, sakura n family berliburan ke Jakarta...mengambil kesempatan cuti raya Cina. Alang2 sekolah dan U cuti. Akceli perancangan awal mahu menghantar Neni (our maid) pulang ke Indonesia setelah kontrak 2 tahunnya habis. Tetapi, tiketnya pada malam hari. Dek kerana risau dan kasihan memikirkan maid kami yang terpaksa pulang ke rumahnya yang agak jauh di pedalaman berseorangan, maka Ummi mengambil keputusan untuk kami bersama-sama ke Indonesia menemaninya. Beberapa bulan setelah tiket dibeli, AirAsia menghantar emel memberitahu pertukaran masa tiket dari malam ke pagi pula....uhuh. Mungkin rezeki kami untuk berliburan ke Indonesia. ^_^...hehe

17 Feb 2010
So, sesampainya di Airport Soekarno-Hatta jam 1.30 petang, sudah terdengar orang memanggil-manggil Pak Saifuddin....Pak Saifuddin. Rupa2nya pemandu yang kami nak sewa sudah lama menunggu. Setelah menukar duit di Money Changer, trus dibawa ke kereta.
Inilah pengangkutan kami sepanjang di Jakarta - Suzuki APV
Ni supirnya-Pak Andi

Destinasi pertama hari ni ---> ke rumah Neni di Pandeglang. On the way ke sana, berhenti makan makanan Padang. Yang menariknya, pabila pelanggan masuk, terus dibawakan tempat basuh tangan dan nasi dan segala lauk-pauk yang ada tanpa diminta. Then, kita hanya ambil lauk yang kita nak.Yang tak mahu biar aja di atas meja. Nanti dia kira lauk yang kita sentuh je. Menarek dan unik!
 
Tengoklah, penuh 1 meja dengan lauk-pauknya
Perjalanan ke rumah Neni memakan masa 3 jam lebih. Jalan masuk ke rumahnya pula....Ya Allah....macam jalan masuk ke hutan....dengan jalan yang sempit dan berlopak-lopak, curam yang menjunam 45 darjah ke bawah. Cuak abiss....jalan yang sesuai diredahi dengan 4WD aje. Sampai di rumah Neni, hujan turun mencurah-curah dan hari pon nak malam..so, tak singgah lama. Juz turun untuk bersalaman dengan family Neni dan tengok2 keadaan rumahnya yang masih dalam pembinaan. Untuk pengetahuan, semua duit gaji maid, dia gunakan untuk buat rumah keluarganya. Pengorbanan yang sangat besar!
Di luar rumah Neni
Dalam salah sebuah bilik
 
 Ini plak tandas...sgt dhaif..

Malamnya, kami pulang ke Jakarta semula kerana menyewa hotel di sana.
Sepanjang di Indonesia, kami tido di hotel K Chrysant nie. 3***

Setelah check-in, sakura bersama abang dan adik keluar mencari makan malam. Pak Andi kata ada kedai makan Minang 100m dari hotel. Bila dijejaki, emm....macam xbest je Nak beli koey teow plak, tengok signboardnya, Kuey Teow Achai. Tak konfiden nak beli walaupun tulis Halal. Alih-alih beli murtabak Bandung aje.

 
Inilah rupa murtabaknya - kiri : murtabak manis berkeju, kanan : murtabak bebek. Sangat enak dan besar!!
Dalam plastik tu pencicahnya tapi tak buka pon...tak berani nak try.

18 Feb 2010

Destinasi di hari kedua --> Tanah Abang atau singkatannya Tenabeng! Tempat belanja di Tenabeng ni lebih kurang Padang Besar lah...cuma lagi besar dari Padang Besar. 10 tingkat. Yang bestnya, masjid dibina di rooftop bangunan. Barang2 di sini lagi murah dari Padang Besar dan lagi banyak pilihan. Tak habis pusing dalam sehari je. Kena pandai tawar laa dan biasanya kalau ambil banyak baru diorang bagi murah. Taktik termudah....kita buat2 macam tak mau beli dan konon2 mahu pergi....nanti, penjual tu akan panggil balik dan bagi harga yang kita nak. Masa kat sini, sakura hanya mengikut Ummi mencari langsir. Sangat murah!! Separuh hari mencari langsir dek kerana tersilap tempat. Huhu...

19 Feb 2010
Plan asal adalah dari semalam tidur di Bandung supaya hari ni boleh jalan-jalan sekitar Bandung dengan mudah. Namun, keadaan kesihatan ayah tak mengizinkan. Maka, kami tetap tidur di Jakarta, namun pagi2 lagi dah bertolak ke Bandung kerana perjalanannya memakan masa lebih kurang 2 jam. Bosan dalam perjalanan....ambil gambar jelaa....heh
Van angkutan kota
 
Taksinya guna kereta Wira. Tak sempat snap satu lagi taksi yang guna kereta Vios tuh...
  
Ini Bajai ~ kenderaan 3 roda yang menggunakan enjin macam mesin rumput tuh...

Beca pon ader...
 
Penjual seperti ini boleh dilihat di mana-mana sepanjang jalan. Pantang kereta berhenti, depa datang untuk berjual. Tu belum kira pminta sedekahnya... merata alam ade. Yang bestnya....selamba je diorang duduk di divider jalan untuk jual atau mintak sedekah. Tak takut kena langgar langsung. Kalau kat Malaysia, tak sampai 5minit kot mesti dah kena langgar.




Destinasi pertama di Bandung adalah bakery Kartika Sari. Jenama kek yang agak terkenal di sini. Pisang bollen dan browniesnya paling sakura suka
Destinasi 2 : Terminal 3 - pusat jualan jeans branded yang murah. Jeans Levi's leh dapat dalam RM100 je.

Destinasi 3 : Cibaduyut - syurga barangan kulit. Rembat sandal kulit yang dilelong dengan harga RM5! Ummi dan Abang rembat sampai 2-3 kasut kulit. Tapi, sume barangannya Made in Indonesia laa...bukan kasut kulit Clarks tu. Tapi, kualitinya masih bagus. Berbaloi-baloi....


Destinasi 4 : Terminal Tas - pusat jualan tas branded dengan harga yang murah. Handbag Gucci RM100 leh dapat. Tapi, handbagnya jenis besar2....xminat nak beli. Jadi, hanya cuci mata. Huhu...








Destinasi 5 (final) : Heritage - factory outlet (FO). Barang2 kat FO ni lebih kurag kat Malaysia je. Tak murah mana...tapi, style kedainya sangat menarik. Dari luar, macam sebuah banglo....tapi, dalamnya adalah supermarket.




Setelah habis duit berbelanja, baru teringat perut belum diisi. Jadi, on the way balik ke Jakarta singgah di kedai makan Sunda. Leh tahan sedap makanannya.
Otak-otak
Ikan Gurame goreng yang sedap!
Tempe goreng tepung

20 Feb 2010
Destinasi pertama kami hari ini adalah ke toko buku. Perancangan awal mahu ke Depot. Tapi, agak jauh dari Jakarta. Lebih kurang 1jam kalau tidak macet. Jadinya, ke kedai Itishom ini aja. Tokonya 2 lantai. Lantai bawah jual buku sahaja manakala lantai atas menjual busana muslim seperti jilbab, kaos muslimah, T-shirt PKS, kaos kaki dan tangan serta makanan kesihatan.Ternampak Kopi RADIX pon ade.

Upin Ipin begitu famous di sini. Seru banget!!

Setelah habis berbelanja buku...pulang ke Jakarta untuk ke Tanah Abang untuk kali kedua sebab haritu tak sempat cari benda lain selain langsir. Akhirnya, setengah kodi rok (skirt) diborong. Ingat nak cari blaus tapi tak sempat cari sebab kedainya jam 5 sudah tutup. Apsal laa tutup awal sangat Kan dah rugi...kalo x, Sakura nak borong blaus sekodi tau! Haha....~

21 Feb 2010
Pagi2 lagi kena bangun sebab jam 4.30 am dah nak ke airport. Flightnya pagi bangat....jam 6.50 am. Sampai di Penang jam 10 am. Perjalanan Penang-Jakarta adalah selama 2 jam, tetapi disebabkan beza masa Malaysia-Indonesia adalah 1 jam. Konklusinya bagi sakura, kalau hendak berliburan ke Indonesia, bawaklah duit banyak2 sebab barangnya tersangat-sangatlah murah kalau pandai cari dan menawar. RM100 dah boleh dapat sepersalinan lengkap dari kepala sampai ke kaki!! Yelah...matawang kita lebih tinggi...tu rasa murah sangat!! Then, cubalah segala makanan yang ada...tak kira makanan Minang, Padang, Jawa, Sunda atau apa aje. Give them a try! Sebab lezat banget! Very delicious u know~
Nasi timbel + ikan gurame
Nasi timbel + ayam panggang
Pesanan penaja : Emm...bila tengok barang sana murah2, rasa nk wat bisnes jual barangan sana di Malaysia. Leh dapat 3x lipat wooo......Haha...kamoo ni suka macam ni kan....kalau bab shopping no. 1. Pantang tengok barang murah! biaselaa orang pompuan~

Sunday, February 14, 2010

Happy Chinese New Year

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun 2010 merupakan tahun harimau. Auummmm....~
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. (Sumber)

Laa....apsal tetiba entri pasal Chinese New Year ni?? Sakura bukan org Cina pon...nape lak nak lebih2kan perayaan ni? Em, xdelaa....raya Cina kali ni terasa cutinya panjang sangat. Pastu xde keja lak skrang...m'blogging laa...Erm...semalam, kontraktor bangunan baru Umm bagi hamper, limau dan kuih bakul.
Wauu!! Servis bagus punya utk customer!! Bagus2!! Nie yang bagus org Cina...servis baekk punyer pd customer...xmacam org Melayu. Kalau customer masuk kedai, layan macam malas jek...tu blom layanan di kaunter kerajaan....masam n nak marah2 jek. Sikap yg sangat tidak patut ada pada org Melayu bergelar MUSLIM. Tu Melayu makin melayuu.....huh! Saya pon org Melayu, okay. Saya cakap berdasarkan rasa ketidakpuasan hati terhadap segelintir org Melayu tuu.....some Malays tend to behave like _______. (sila isi sesuka ati anda.) Please behave, okay! Wallahu 'alam. Ampun jika tersalah kata tersilap bicara.  

Saturday, February 13, 2010

Valentine's Day

Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasrani (Kristian), siapa lagi.”
(Riwayat Muslim)
Sebahagian umat Islam hari ini telah menjadi umat Islam pak turut atau lebih tepat menjadi umat lubang biawak berdasarkan hadis di atas. Mereka tidak lagi berbangga mematuhi landasan Islam sebaliknya lebih berbangga untuk meniru gaya dan cara hidup golongan Yahudi dan Nasrani. (Kristian). Salah satu keramaian yang disambut oleh sebahagian umat Islam ialah sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day.
Asal usul hari Valentine sering kali dikaitkan dengan amalan golongan pagan jahiliah di zaman Rom Kuno dahulu. Pada bulan Februari mereka mengadakan keramaian yang dikenali sebagai Lupercalia untuk memuja tuhan Lupercus. Pada hari itu nama-nama gadis desa diletakkan dalam sebuah kotak dan setiap pemuda akan mengambil salah satu nama dari kotak tersebut secara rambang. Gadis yang terpilih akan menjadi kekasih pemuda itu sepanjang tahun.
Ketua paderi ketika itu, Paderi Gelasius 1, kemudiannya menjadikannya sebagai satu aktiviti agama Kristian dengan membuat beberapa pengubahsuaian. Antaranya dengan menggantikan nama-nama wanita dengan nama-nama tokoh Kristian di dalam kotak untuk dipilih dengan harapan masyarakat akan menjadikan tokoh-tokoh itu sebagai idola mereka. (ChristianToday)
Mengikut Catholic Encyclopedia, Hari Valentine atau St. Valentine’s Day dikaitkan dengan tiga orang tokoh pejuang agama Kristian bernama Valentine, iaitu Valentine dari Terni, Valentine dari Rom dan seorang lagi dari Afrika. Wikipedia memperincikan tentang ketiga-tiga tokoh ini. Sebenarnya golongan Kristian Katolik mengiktiraf sebelas sambutan Hari Valentine salah satunya pada tanggal 14 Februari setiap tahun sehinggalah pada tahun 1969 apabila ia tidak lagi dianggap sebagai aktiviti rasmi Kristian Katolik. 
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
(Oleh Dr Danial Zainal Abidin , dipetik dari laman web Minda Super)
Ok, sini ade poster pasal Valentine. Nak save, copy, print SANGAT DIPERSILAKAN. Memang berharap disebar-sebarkan sebab poster ni pon dapat dari orang lain. ^_^
 



So, buat apelah nak sambut Valentine ni? Kalau nak tunjuk rasa kasih dan sayang pada pasangan, kenapa mesti tunggu 14 Februari ni je? Tetiap hari bleh buat...ye tak? Tepuk dada, tanya hati~